Monday, June 18, 2018

Mengenali Arasy Allah S.W.T. terindahhh



MENGENAL ALLAH

AWALUDIN MA’RIFATULLAH – “Awal-awal agama ialah mengenal Allah.” Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai agama. Ketamadunan dan kemuliaan hidup manusia itu diukur melalui agamanya. Sementara kemuliaan seseorang dalam beragama itu pula bergantung kepada sejauh mana dia kenal akan Tuhannya. Kalau seseorang itu tidak mengenali Tuhan yang menurunkan agama untuknya itu maka (akidah) itu tidak sah. Bagaimana bijak pum dia membaca ayat-ayat Tuhannya, tetapi kalau dia sendiri tidak kenal Tuhannya, ayat-ayat dibacanya itu sedikit pun tidak memberi apa-apa erti kepadanya. Dan taraf hidupnya juga tidak ubah seperti burung tiong yang pandai bersiul tetapi tidak tahu makna siulannya.


Justeru itu tugas untuk mengenali Allah bukan tugas yang ringan dan boleh diremeh-temehkan. Tugas mengenali Tuhan, adalah tugas zahir dan batin yang amat sulit dalam kehidupan manusia.

Tugas mengenal Tuhanlah tugas yang berat sekali. Lantaran itu terbit Hadis yang bermaksud “Awal-awal agama itu mengenal Allah”.

Kenapa susah untuk mengenali Tuhan? Ini keran Allah (Tuhan) itu tidak berbentuk, berhuruf (mempunyai) berwarna dan bertentangan dengan sifat-sifat zahir alam ini kerana ia berdiri di atas sifat “mukholafatuhulilhawadis” – Bersalahan dengan yang baharu.

Dan firman-Nya di dalam Surah As-Syura ayat 11, bermaksud :

“Laisa Kamitslihi Syai’un.”

Ertinya…..”Tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah.”

Kalau silap pegangan dan pemahaman menyebabkan kita syirik dengan Allah ataupun menjadikan kita bertuhan kepada diri sendiri. Justeru itu tidak ada sesiapa di dalam dunia ini telah mengaku dapat berjumpa dengan Allah melainkan setakat kenal (dengan ilmu) pada Zat, Sifat, Asma dan Afa’alNya sahaja. Zat Allah pun tidak siapa kenal dengan pastinya.
Sabda Rasulullah SAW, bermaksud :

“Maha Suci Engkau ya Allah, tiada kami mengenal akan Dikau dengan sebenar-benarnya melainkan dengan ma’rifat Engkau.”

Seandainya ada dakwaan mengatakan seseorang itu pernah berjumpa dengan Allah seperti mana dia berjumpa dengan makhluk biasa, dakwaan itu tidak boleh dipercayai. Ia hanya dongeng dan satu rekaan semata-mata yang berlandaskan kepada fantasi fikirannya. Dakwaan itu hanya untuk menjual kehebatan diri, kononnya dia sudah sampai ke peringkat “muqarabbin”.

Kenapa kita berkata bergitu? Kerana selain daripad Nabi Besar Muhammad S.A.W. dan para Rasul lain, tidak ada manusia yang dapat melihat Nur Allah secara pasti atau dalam bentuk penglihatan biasa. Tidak mungkin bagi manusia biasa yang tidak terpilih, diistimewakan dapat berjumpa dengan Allah seperti mana yang pernah berlaku kepada Rasul-rasulNya dan para Nabi-nabiNya.

Sehebat-hebat Rasulullah S.A.W. yang menjadi penutup segala keNabian (nubuwah) pun tidak dapat berjumpa dengan Allah. Apa yang boleh dan mampu dilakukan oleh baginda hanya setakat berbicara dengan Allah tanpa dapat menyaksi wajahNya. Dalam erti kata lain tidak ada pertemuan secara bertentangan mata (face to face) berlaku di antara Rasulullah S.A.W. dengan Allah S.W.T.

Dari Abu Zar r.a. katanya aku bertanya kepada Rasulullah SAW, bermaksud :

“Adakah anda melihat Allah? Jawab beliau,…”Dia maha cahaya bagaimana aku boleh melihatNya.”

[Bukhari & Muslim]

Ertinya Rasulullah S.A.W. sewaktu dipimpin oleh Jibrail (naik ke langit/mi’raj) untuk menerima perintah solat (dalam peristiwa Isra’ Mi’raj), tidak dapat menyaksikan wajah Allah. Apa yang berlaku hanya beliau dapat berbicara dengan Allah untuk menerima perintah ibadat (solat).

Begitu juga dengan Nabi Musa a.s. Allah baru sahaja memancarkan NurNya ke bukit Tursina beliau sudah tidak tahan dan tidak sanggup untuk menyaksinya.
Seluruh bukit Tursina hancur lebur dan hangus.

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Araf ayat 143, bermaksud :

“Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan kami) pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkata Musa, “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku, agar dapat aku melihat kepada Engkau.”

Tukah berfirman, “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi lihatlah ke bukit itu maka jika ia tetap ditempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihatKu.” Tatkala Tuhan nempakkan gunung itu kepadanya, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata, “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang
yang pertama berIman.”

Jadi macam mana untuk Nabi Musa melihat wajah Allah….baru sahaja melihat Nur yang dipancarkan ke bukit pun dia sudah tidak sanggup untuk melihatnya.
Kesimpulannya Nabi Musa hanya dapat melihat Nur Allah yang tertimpa ke bukit sahaja, bukannya melihat wajah Allah yang sebenarnya.

Begitu juga dengan Nabi Ibrahim a.s. apa yang dapat dilihat oleh beliau hanya kerajaan Allah di langit sahaja.

Firman Allah Ta’ala Surah Al-An’aam ayat 75, bermaksud :
“Yang demikian Kami perlihatkan kepada Ibrahim kerajaan di langit dan bumi.”

Maknanya Allah hanya memperlihatkan kebesaran dan keagunganNya mencukupi langit dan bumi sahaja kepada Nabi Ibrahim a.s.tetapi tidak menunjukkan wajahNya.

Demikian sejarah antara manusia-manusia agung lagi maksum dan dipilih sendiri oleh Allah untuk melihat “wajah”Nya, tetapi gagal dan tidak sanggup untuk menyaksikan wajah Allah. Baru Allah memancarkan NurNya, meraka (Musa a.s.) sudah tidak tahan dan tidak sanggup untuk berhadapan denganNya.

Bila kita membaca sejarah “kegagalan” kedua orang Nabi itu untuk bertemu dengan Allah, maka akan timbul di kepala kita bolehkah kita mengenal dan berjumpa (ma’rifat) dengan Allah? Sedangkan mereka yang diistimewakan dan dipilih menjadi petunjuk kepada manusia pun gagal ataupun tidak sanggup untuk menatapi pancaran Nur Allah. Apa lagi bagi manusia biasa seperti kita ini amatlah dirasakan mustahil sekali untuk dapat melihat wajah Allah.

Bolehkah kita berhadapan dengan Allah dan mengenaliNya? Jawabnya boleh untuk kita berhadapan dengan Allah. Kerana di mana sahaja muka kita dihadapkan, maka di situlah adanya wajah Allah. Tetapi untuk melihatnya wajahNya dengan mata zahir ini tidak mungkin sama sekali.

No comments:

Post a Comment

Antara Bilik-Bilik di Arasy Allah S.W.T.

Bilik-bilik di Syurga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus...