Wednesday, June 6, 2018

at 2018


Cuba fahami kata-kata di bawah, tentu anda sedar, siapapun anda, Samada agong atau fakir miskin, yang anda bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri.!!!😟

ALLAH S.W.T. menjadikan manusia bukan seperti robot yang hanya mengikut arahan semata-mata. Allah menciptakan manusia dilengkapi dengan akal supaya manusia dapat memilih sama ada cara hidupnya itu baik atau sebaliknya. Oleh itu, manusia mampu membuat pilihan walaupun pelbagai dugaan melanda, namun tetap sahaja mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada sesuatu yang dipilihnya itu baik atau buruk.

Syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut manusia bukan bermakna menyuruh manusia melakukan apa yang disuruhnya itu, sedangkan keputusan sama ada hendak atau tidak mahu buat itu ditentukan 100% oleh manusia itu sendiri. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 22 seperti berikut:


وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأَمْرُ إِنَّ اللّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدتُّكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُم مِّن سُلْطَانٍ إِلاَّ أَن دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلاَ تَلُومُونِي وَلُومُواْ أَنفُسَكُم مَّا أَنَاْ بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِن قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ


Maksudnya: Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Setiap Tindakan Manusia Terletak Pada Manusia Itu Sendiri


Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa keputusan bagi setiap tindakan manusia terletak pada manusia itu sendiri, bukannya syaitan. Syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut sahaja, sedangkan keputusan itu dibuat di atas tangan manusia itu sendiri.

Allah S.W.T tidak pernah menzalimi menusia.Setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama ada baik atau jahat akan mendapat balasan yang setimpal. Allah ada menyatakan dalam Al-Qur'an dalam surah An-Nisaa' ayat 40 seperti berikut:


إِنَّ اللّهَ لاَ يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْراً عَظِيماً


Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisi-Nya, pahala yang amat besar.

Ayat di atas menunjukkan betapa Allah Maha Adil terhadap manusia, dan setiap kebaikan atau keburukan akan dihisab di akhirat kelak. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Antara Bilik-Bilik di Arasy Allah S.W.T.

Bilik-bilik di Syurga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus...