Tuesday, June 5, 2018

JAGALAH HAK ALLAH S.W.T.


Hak-hak Allah dan hak-hak manusia (Bahasa Arab: حق‌اللّه و حق‌الناس) adalah dua istilah yang tidak asing dalam perbahasan fekah dan hukum. Erti haqqullah adalah hak Allah atas hamba-hamba-Nya, sedangkan haqqunnas adalah hak yang dimiliki manusia terhadap sesamanya. Contoh, jaminan keselamatan nyawa, harta dan harga diri. Seluruh kewajipan agama itu bersangkut dengan haqqullah (hak Allah). Di samping sebagai haqqullah, sebahagian kewajiban juga bersangkutan dengan haqqunas (hak manusia).
Sebahagian hak memiliki hukum wajib, sebahagian lainnya adalah sunnah. Bila ada kewajipan yang dilanggar, maka pelakunya harus segera bertaubat. Bahkan pada banyak keadaan, selain bertaubat, pelaku juga harus mengganti kewajipan yang ditinggalkannya. Seperti, solat wajib atau mengembalikan harta orang lain. Haqqunnas yang dilanggar tidak cukup ditebus hanya dengan bertaubat, pelakunya juga harus membayar atau menggantinya, kecuali jika orang yang bersangkutan telah merelakannya.
Banyak ayat al-Quran yang membahaskan berkenaan dengan haqqunnas. Begitu juga dengan hadis, banyak yang menekankan supaya setiap hamba menjalankan kewajipannya, baik ianya bersangkutan dengan hak Allah Swt atau sesama hamba. Disebutkan, salah satu sebab yang menghalang terkabulnya doa adalah adanya tanggungan haqqunnas.

No comments:

Post a Comment

Antara Bilik-Bilik di Arasy Allah S.W.T.

Bilik-bilik di Syurga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus...