Sunday, June 17, 2018

Beza kubur di dunia dan di Arasy Allah S.W.T.

PENDAHULUAN DAN TUJUAN

Pada zaman permulaan Islam, Rasulullah melarang umatnya menziarahi kubur. Ini kerana orang yang menziarahi kubur pada masa itu akan melakukan perkara-perkara yang dilarang antaranya duduk di atas kubur, menangis, merintih-rintih, mengoyak-ngoyak baju, memukul pipi dan sebagainya  Setelah orang-orang Islam mengetahui perkara-perkara yang sepatutnya yang dilakukan apabila menziarahi kubur, maka Rasulullah saw menggalakkan umatnya menziarahi kubur untuk melembutkan hati, mengingatkan tentang azab kubur dan hari pembalasan di Padang Mahsyar agar umatnya sentiasa dalam keadaan sederhana di dunia tidak bermewah-mewah hanya berbelanja atas dasar keperluan bukan atas dasar kemampuan. Di saamping itu kita sentiasa menambahkan untuk kehidupan di akhirat.


Imam Tarmizi menambahkan riwayat di atas:

Imam Ibnu Majah menambah daripada riwayat Ibnu Mas’ud r.a.

Khadi Abu Taib mentaklik kata-kata Ibnu Hajar di dalam yang mana seseorang digalakkan menziarahi teman-teman semasa hidup, demikian juga teman-temannya apabila telah meninggal dunia.

Adapun bagi mereka yang jauh hubungan kekeluargaan  disunatkan juga menziarahinya. Apabila man ziarahi kubur hendaklah mengingati mati atau merasa belas kasihan kepada teman kita yang meninggalkan kita, lalu kita ,mendoakannya. Di sunatkan juga keatas kita apabila menziarahi kuburagar memohon rahmat Allah supaya si mati di dalam pemeliharaan dan kesejahteraan di samping memohon ampun bagi segala kesalahan mereka, membaca Al-Quran sebagai hadiah untuk mereka. Jika si mati  daari kaum keluarga kita adalah lebih-lebih lagi digalakkan kita meminta ampun dan rahmat Allah agar mereka berada di dalam kerahmatan Allah selamanya.
Ketika kita menziarahi kubur itu, kita berniat untuk si mati mestilah meraangkumi semua orang Islam yang telah meninggal dunia. Adapun menziarahi kubur untuk tabarruk maka disunatkan  kita menziarahi  kubur orang-orang alim dan soleh kerana mereka ini sentiasa di dalam keberkatan yang tidak terhingga
Mudah-mudahan keberkatan orang alim yang kita ziarahi kuburnya itu akan melimpahi kepada kita yang menziarahinya. Disunatkan juga kita dalam keadaan bersih dan berwudu’ seperti yang difatwakan oleh :

HUKUM

Para ulama berpendapat hanya orang lelaki sahaja Islam sahaja yang disunatkan menziarahi kubur.(5) Ibnu Hajar dalam syarahnya dan al-Azra’ei : “Tidak disunatkan kita bermusafir semata-mata ujntuk menziarahi kubur  orang alim dan soleh seperti yang diceritakan daripada tanpa kita melawat ketempat-tempat lain. Tetapi dikecualikan makam nabi kita Nabi Muhammad S.A.W . Diharuskan kirta bermusafir hanya bertujuan bermusafir untuk menziarahi makan nabi kita di Madinah. menegaskan bahawa lebih diutamakan kepada ahli keluaraga kita yang meninggal dunia terutama ibubapa untuk menziarahi mereka, walaupun mreka dikebumikan di negara lain. (1) Telah diriwayatkan oleh Al Halim daripada Abu Hurairah.

Dalam riwayat yang lain :
Dalam riwayat Abu Mu’aim:

Al-Baihaqi juga meriwatakan:

Adapun menziarahi kubur bagi khunsa dan orang-orang perempuan hukumnya makruh .Ini ditakuti akan berlakunya fitnah yang mana pada kebiasaannya orng perempuan tidak menahan suaranya apabila meratapi orang yang meninggal dunia sekalipun perempuan itu sudah tua .Tetapi menziarahi makam Rasulullah S.A.W adalah sunat bagi semua golongan ()Berkata orang perempuan dibolehkan menziarahi makam Rasulullah S.A.W setelah mendapat keizinan daripada suami atau ibubapa .bahkan (berkata dalam orang perempuan boleh menziarahi kubur para anbia orang soleh dan juga para syuhada, bagi pula, beliau
tidak pernah melihat perempuan salaf menziarahi kubur orang-orang soleh .(ÅÈä ÍÌÑ)dan (ÇáÔÑæÇäì) menjelaskan mengapa orang perempuan dibenarkan menziarahi kubur orang alim ,para anbia dan para syuhada ,sedangkan makruh bagi mereka menziarahi kubur saudara mara dan sahabat handai .Ini kerana menziarahi kubur orang alim ,para ambia dan syuhada mereka dapat mengambil iktibar daripada kesolehan mereka ,kemuliaan para ulama dapat dizahirkan melalui menziarahi kubur mereka .Dengan keadaan demikian dapat mengingatkan kembali tentang amalan yang mereka lakukan semasa di dunia .Seterusnya mendorong mereka untuk menghitung kembali amalan-amalan mereka yang telah dilakukan supaya dapat menjauhkan mereka daripada azab Allah .

Manakala orang perempuan dimakruhkan menziarahi kubur sanak saudara dan sahabat handai kerana kebiasaannya mereka akan mengenang kembali jasa-jasa dan kasih _aying serta hubungan antara mereka semasa hidup di dunia .Ini boleh menyebabkan mereka akan meratapi dengan meraung-raung ,memukul badan sendiri serta mengoyak baju di kawasan perkuburan lebih-lebih lagi sekiranya orang yang meninggal dunia itu dikasihi sehingga membawa mereka menyalahkan takdir .


Tidak dibenarkan memakai bau-bauan dan perhiasan semasa menziarahi kubur .Bahkan lebih baik jika perempuan yang hendak menziarahi kubur samada  bersamanya penjaga atau wali .Jika perempuan tersebut pergi bersama ajnabi hendaklah ia menaiki kenderaan yang dapat melindungi dirinya dari sebarang fitnah disepanjang perjalanan ke sana .

HUKUM BAGI WANITA MENZIARAHI KUBUR


Setelah ulama’ mengatakan bahawa diharamkan bagi wanita menziarahi kubur berdasarkan sebuah hadith :

Sekiranya seseorang perempuan pergi menziarahi kubur boleh menimbulkan fitnah atau menyebut-nyebut sifat orang yang meninggal dunia tentang kelakuannya dan meratapi pemergian dan meraung-raung. Maka hukumnya tetap haram.

Setelah ulama’ berpendapat perempuan yang menziarahi kubur hukumnya harus ini bagi  mereka yang tidak melakukan perkara-perkara  yang dilarang oleh Islam.
Berdasarkan satu peristiwa di zaman Rasulullah saw di mana pernah satu ketika Rasulullah s.a.w tidak menegah perempuan itu. Para ulama’ menjawab bahawasanya Rasulullah s.a.w tidak menegah tersebut kerana dia melakukan adab-adab menziarahi kubur(1)

HARI YANG DISUNATKAN MENZIARAHI KUBUR

Orang ramai biasanya menziarahi kubur pada pagi jumaat (2) kerana pada hari tersebut roh-roh orang yang meninggal dunia pergike kubur masing-masing bermula waktu asaar hari khamis hinggalah paagi sabtu (3). Oleh itu kebanyakkan orang mengkhususkan haari untuk menziarahi kubur saudaranya pada pagi jumaat.
Diceritakan oleh Ibnu Qasim di dalam syarah Manhaj bahawa roh orang meninggal dunia sentiasa membuat perhubungan dengan jasadnya yang berada di dalam kubur (4) walaupun rohitu tiada hadir ke kubur. Diriwayatkan bahawa roh orang-orang muslim sentiasa dating setiap malam ke langit dunia dan berada bertentang  dengan rumahnya dahulu semasa hayatnya. Roh itu memanggil beribu-ribu kali setiap ahli keluarganya dengan suara yang sedih, katannya : “Wahai ahli keluargaku, kaum kerabatku, anak-anakku dan semua orang yang mendiami rumahku. Wahai orang yang memakai bajuku dan orang-orang yang membahagikan hartaku adakah kamu sekalian sentiasa ingatkan dan memikirkan akan keadaan diriku yang sedang dalam perantauan. Aku kini berada dalam tahanan yang amat lama sekali dan sungguh kukuh keadaannya. Kasihanilah keadaan diriku di sini, Insya Allah kamu akan dirahmatinya. Jangan kamu semua tidak memperdulikan keadaan dariku, sesungguhnya kamu juga akan merasai dugaan-dugaan seperti yang aku rasai ini”.
Diriwayatkan juga bahawa orang yang berada di dalam kubur seperti orang tenggelam kelemasan sedangmeminta pertolongan. Sentiasa menanti doa-doa daripadaa saudara mara atau teman-temannya. Jika simati tadi menerima pahala doa daripada ahli keluarga yang hidup maka pahala itu lebih baik bagi simati daripada apa yang terdapat di dalam dunia ini.(5)
Nabi kita pernah menziarahi para syuhada’ di Uhud pada hari sabtu. Ini kerana jarak antara perkuburan Uhud dan Madinah adalah terlalu jauh tambahan pula baginda sibuk dengan tugas-tugas amal kebajikan yang telah dipertanggungjawabkan.

ADAB-ADAB MENZIARAHI KUBUR

Perkara utama yang tidak harus dilupakan apabila kita melawati tanaah perkuburan atau meziarahi kubur oarng-orang alim, disunatkan kita memberi salam (1) samada dalam keadaan berdiri atau duduk dalam menghadap muka si mati.

No comments:

Post a Comment

Antara Bilik-Bilik di Arasy Allah S.W.T.

Bilik-bilik di Syurga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus...