Friday, June 29, 2018

Arasy Allah S.W.T. tiada berawan.


Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah." Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak." Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah s.w.t. itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Tiada peperangan di Arasy Allah S.W.T.

Ketika Rasulullah s.a.w. memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah s.w.t. dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak." "Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku." Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku." Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah s.a.w. memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.." Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat." Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu." Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid. Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah s.a.w. akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku." Setelah diizinkan Rasulullah s.a.w., Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

Tiada Dusta di Arasy Allah S.W.T.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah s.w.t. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab : · Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. · Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. · Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka. · Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. · Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku. · Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. · Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. · Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku. · Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. · Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t. memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Arasy Allah S.W.T. tercipta atas Rahmatnya.

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada

seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan : · "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah) Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi. Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga." Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Tiada kejahatan di Arasy Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah s.a.w. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu." Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah s.a.w. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah s.a.w. bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah s.a.w. itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Tiada Wasiat di Arasy Allah S.W.T.

RABU, 22 FEBRUARI 2012


WASIATTTTTTTT DARI ALLAH S.W.T. PADA MALAM ISRA MIKRAJ.

Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya : · Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. · Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. · Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. · Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. · Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu : · Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. · Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. · Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. · Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. · Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. · Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. · Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."

Tiada bulan Muharram di Arasy Allah S.W.T.

Kelebihan puasa 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah s.w.t. akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah sa.w.: " Ya Rasulullah s.a.w., adakah Allah s.w.t. telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah s.a.w.: " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah s.w.t. menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah s.w.t. menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

keindahan Arasy Allah S.W.T. menjadi impianku.

Tujuh macam pahala

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya 8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Tiada pahala dan dosa di Arasy Allah S.W.T. selama-lamanya.

Tujuh macam pahala

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya 8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

AHAD, 2 JANUARI 2011


SEMALAM SAYA MIMPI PELIK SIKIT, SAYA MIMPI MELIHAT ORANG RAMAI MARHABAN DI BAWAH BANGUNAN WISMA PANTAI, BUTTERWORTH, PULA AHAD, 2011 JANUARI 02

SETIAP HARI ADALH KERANA ALLAH S.W.T. YANG MAHA AGONG...

1 ULASAN:

  1. SEMALAM SAYA MIMPI PELIK SIKIT, SAYA MIMPI MELIHAT ORANG RAMAI MARHABAN DI BAWAH BANGUNAN WISMA PANTAI, BUTTERWORTH, PULA AHAD, 2011 JANUARI 02
    PERJALANAN HIDUP DUA MAKHLUK ALLAH S.W.T. YANG BERBEZA...
    SUBHANALLAH...

    KISAH PERTAMA

    kisah seekor anak ulat beluncas yang baru menetas di pucuk sebatang pokok. ulat ini akan memakan tumbuhan tersebut untuk hidup, ketika itu ulat itu masih lemah dan dia pertahan dirinya masih amat lemah, sehinggalah suatu hari ulat ini merasakan ia perlu berehat buat sementara waktu. beluncas ini akan mengubahkan dirinya menjadi kepompong dan beluncas ini akan berehat di dalamnya. Sehinggalah suatu masa kepompong ini merasakan tiba masa yang sesuai untuk memuntahkan satu Makhluk Allah...., maka keluarlah seekor rama-rama yang cantik dan kuat, seketika kemudian makhluk Allah ini meninggalkan pokok tersebut untuk mengembara ke tempat lain...

    KISAH KEDUA

    kisah seorang anak muda yang baru lahir di bumi Allah S.W.T., hidup di kalangan manusia, belajar mencari ilmu pengetahuan di pusat pengajian, berkerja mencari rezeki halal dan diberkati Allah untuk ahli keluarganya, sehinggalah dengan izin Allah Yang Maha Agong menjadikan satu peristiwa yang menghuru-harakan dunia, dia berada didalam kepompong masa yang telah ditentukan Allah, mengumpulkan kekuatan untuk diri dan agamanya dimasa hadapan kerana LILLAH HI TAALA, suatu masa kepompong masa itu meluahkan diri ke bumi semula dalam keaadaan kekuatan yang amat luar biasa untuk mengembara di bumi Allah untuk mengejarkan tentang islam berpandukan AL-QURAN DAN HADITH,.....dia lah yang digelar penyelamat umat manusia akhir zaman, dia lah imam al- mahdi a.s. al muntazar.....
    U PINANG WAKTU TENGAHARI…..

Berubah di akhir hayat....Arasy Allah S.W.T. terindah.

SELASA, 9 MAC 2010


PELAKON MALAYSIA YANG KUAT BERAGAMA....

rahmat ke atas rohnya. Amin.
Ed Osmera merupakan seorang pelakon yang mempunyai kelas yang tersendiri. Ed Osmera apabila berlakon sememangnya ada cara yang tersendiri. Kalau dihayati betul2, kebanyakan dalam filem lakonannya seolah-olah menggambarkan keperibadiannya yang sebenar. Saya coretkan di sini tentang seorang insan seni yang bergelar pelakon yang di mana, pelakon ini bukan sahaja menumpukan kepada kerjaya lakonannya semata-mata tetapi juga beliau lebih menumpukan kepada soal agama dan ibadahnya terutama ketika di saat2 akhir hayatnya. Sama2lah kita tatapi.Kisah hidup Ed OsmeraEd Osmera dilahirkan pada tahun 1943 di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Sheikh Osman bin Sheikh Ibrahim. Bapanya ialah seorang peniaga ( Berdarah Arab Turki ) . Ibunya pula meninggal dunia ketika usianya masih kecil lagi.Raut wajah Ed Osmera agak serius. Namun, di kalangan rakan beliau lebih dikenali sebagai pemuda pendiam. Ed Osmera dianggap pelakon yang banyak berlakon dan kebanyakannya filem yang dibintangi menampilkannya sebagai hero.

Beliau diperkenalkan ke layar perak menerusi filem Panglima Besi arahan M. Amin pada tahun 1964. Kemudiannya pula ialah filem Bidasari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong, Lain Jalan Ka Shorga (1966) juga arahan Datuk Jamil Sulong dan Sri Andalas (1967) arahan S. Kadarisman.Kebanyakan lakonan Ed Osmera membabitkan aksi pertarungan. Filem yang telah mengangkat namanya sebagai pelakon aksi pertarungan yang tidak mengecewakan ialah Panglima Harimau Berantai arahan Omar Rojik iaitu pada tahun 1969.Selepas Panglima Harimau Berantai, muncul pula Pancha Indera Harimau Berantai pada tahun 1970. Dalam filem ini, Ed Osmera tidak saja menunjukkan kehandalannya sebagai pendekar, tetapi juga kemahirannya bertarung biarpun kedua-dua matanya buta.Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966) dan Doktor Rushdi (1970).Bagaimanpun, S. Kadarisman dan Omar Rojik adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah S. Kadarisman ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972) dan Cengkaman Maut (1972).Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970) dan Semerah Cindai (1973).Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M. Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.

Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z. Lokman pada tahun 1981.Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem berjudul Ribut Di Hujung Senja (1982).Beliau dianggap mengabadikan dirinya terhadap dunia lakonan sepanjang hayat. Walaupun tidak aktif lagi dalam dunia perfileman, Ed Osmera agak aktif juga mengarah dan berlakon drama.Antara drama lakonannya ialah Kuala Lumpur arahan Arief Karmahani, Lain Jalan Ke Mekah, Sesat Dalam Cahaya dan Cili Padi.Drama arahannya pula berjudul Malam Tujuh Likur. Dibintangi bersama Zulkifli M. Osman.Dalam drama itu, beliau melakonkan watak orang ghaib yang membawa Zulkifli kembali ke pangkal jalan. Kuat Beragama Terutama Ketika Akhir2 HayatnyaEd Osmera memang seorang yang pendiam. Sehinggakan apabila bertemu dengan orang ramai, beliau memang tak banyak bercakap. Tapi, beliau juga amat peramah dengan orang lain.

Sebenarnya, Ed Osmera dari zaman mudanya sampai akhir2 hayatnya tidak berkahwin. Barangkali, salah satu sebabnya ialah beliau banyak menghabiskan masanya dengan menumpukan soal agama dan ibadah.Di saat akhir2 hayatnya, Ed Osmera memang sudah tidak banyak berlakon. Itu tandanya, barangkali dalam diri beliau telah datang kesedaran agama yang amat mendalam. Sehinggakan di depan rumahnya diletakkan dua batu nisan semata-mata mengingatkan beliau tentang kematian.Di samping itu, Ed Osmera juga aktif dalam kegiatan2 dakwah. Beliau juga banyak melakonkan filem dan drama2 berunsur keagamaan. Itulah hidup seorang insan seni yang bergelar sebagai pelakon yang bukannya saja menumpukan kepada kerjaya lakonannya, tetapi lebih dari beliau juga lebih menumpukan kepada hal2 keagamaan dan ibadah. Itulah yang berlaku ketika di saat2 akhir hayatnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Pemuda di Arasy Allah S.W.T. bukan berbangsa Rom tetapi berbangsa Melayu.0

ROM ISTANBUL ( TURKEY ) WITH LOVE ALLAH S.W.T. AND MUHAMMAD S.A.W.



IBNU ARASY BERBICARA TENTANG CEMBURU @ JEALOUS.........
Nukilan Ibnu Arasy tentang CEMBURU…..Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai rumah banglo berpuluh buah.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai tanah berjuta-juta hektar.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai wang beribu-ribu trilion.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai kedudukan sebagai presiden sesebuah negara.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai teknologi hingga mampu tinggal di Planet Marikh.Cuma yang cukup membuatkan aku cemburu dan amat-amat cemburu bila mengenangkan Rasul-Rasul S.A.W. dan Wali-Wali Allah S.W.T zaman dahulu sanggup berjaga malam, bersolat tahajud dan solat hajat, dan diakhiri dengan doa. “ Ya Allah , ya tuhanku , ampunkan dosa seluruh umat islam Ya Allah dan Rahmatilah mereka dengan kemuliaanmu Ya Allah….”
Dicatat oleh ÌBNU ARASY @ PEMUDA ISTANBUL, TURKEY ( * ISLAMBOL GREEN PRAYING MAT * ) - 06 JUN 1974 MASEHI di 
17:23 0 ulasan 

4 PERINGKAT NAFSU DALAM DIRI MANUSIA....

Dari segi pendekatan Islam, Muhammad al-Jiasi (1976) menyatakan: terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:

Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.

Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.

Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.

Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya.
Ada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu naluri kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antara dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.

Seorang ahli falsafah akhlak Islam, Ibnu Maskawaih menyatakan pertembungan nafsu dalam diri manusia menghasilkan tiga peringkat tabiat manusia.
a. Manusia yang baik tabiatnya. Manusia yang baik tabiatnya tidak akan berubah menjadi manusia yang jahat;
b. Manusia yang jahat tabiatnya. Manusia dalam kategori ini tidak akan menjadi baik kerana memang pembawaannya sudah jahat.
c. Manusia yang berada dipertengahan tabiatnya. Golongan ini boleh berubah menjadi baik atau jahat bergantung kepada pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.


SUMBER DARI WEB ISLAM : http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=3&action=view

Di Arasy Allah S.W.T. tiada kematian selama-lamanya.

MASA DAH SINGKAT, UMAT DAH DIPERINGAT, MATI BUKAN PENENTU SYARAT...



Waktu yang terlepas menabur bencana 😨🌎!!!👀

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th – 70th
(65th)Chart


Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama
hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

MATI-BALIGH= sisa USIA……………..65-15= 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam


12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satuharisatumalam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam=16 tahun7 bulan……
dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya………………………………………………………

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:18250 hari x12 jam=219000 jam=25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah??????
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya, karena satu hal yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki illahi!!!!!!!!!!!!!!!!!
“ Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurga dan Neraka”
Memang benar!!!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan kita belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar……………………
Memang benar!!!!!!!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
.
“jarang orang menolak untuk di puji dan di puja tatkala mereka berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah??????????????
Oh mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi………..!
Karena kita fikir; solat besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga………
Benarkah solat kita itu mencukupi!!!!!!

Berapa sholat kita dalam 50 tahun??????
1x solat = ± 10 minit …..5x solat ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat=18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit!)…………2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…………………………


Logikanya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian……………………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………………….

Solusi:
Tiada kata terlambat walaupun waktu bergulir cepat, isilah dengan sesuatu apa yang bermanfaat!!!!!!!
Ingat Akhirat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Ibnu Arasy cukup jealous pada Arasy Allah S.W.T.

IBNU ARASY BERBICARA TENTANG CEMBURU @ JEALOUS.........

Nukilan Ibnu Arasy tentang CEMBURU…..

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai rumah banglo berpuluh buah.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai tanah berjuta-juta hektar.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai wang beribu-ribu trilion.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai kedudukan sebagai presiden sesebuah negara.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai teknologi hingga mampu tinggal di Planet Marikh.

Cuma yang cukup membuatkan aku cemburu dan amat-amat cemburu bila mengenangkan Rasul-Rasul S.A.W. dan Wali-Wali Allah S.W.T zaman dahulu sanggup berjaga malam, bersolat tahajud dan solat hajat, dan diakhiri dengan doa. “ Ya Allah , ya tuhanku , ampunkan dosa seluruh umat islam Ya Allah dan Rahmatilah mereka dengan kemuliaanmu Ya Allah….”

Puji ke atas Allah S.W.T. atas Arasy Allah Hadiah 💝 terindah.....

KALIMAT ARASY DALAM AL-QURAN....- 2010 MASEHI...JUMAAT 29 JANUARI 2010 MASEHI.

Kalimat arasy di dalam al-Qur'an


2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandar raya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah menghidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah mematikannya seratus tahun, kemudian Dia membangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami membuat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan menyusunnya, dan kemudian mengelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!
9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar."
10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itulah Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?
11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
12:100. Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
13:2. Allah ialah Dia yang menaikkan langit tanpa tiang yang kamu dapat melihat, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga satu tempoh yang dinyatakan. Dia mengarah urusan; Dia menjelaskan ayat-ayat supaya kamu yakin akan pertemuan dengan Pemelihara kamu.
17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."
18:42. Dan buah-buahannya diliputi semuanya, dan pada waktu pagi dia memulas-mulas tangan-tangannya, kerana apa yang dia menafkahkan (membelanjakan) padanya, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya, dan dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku tidak menyekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa jua!"
20:5. Yang Pemurah, duduk di atas Arasy,
21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!
22:45. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi reruntuhan, dan istana yang tinggi!
23:86. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?"
23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.
25:59. Yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dalam enam hari, kemudian duduk di atas Arasy, Yang Pemurah; maka tanyalah yang maklum mengenainya!
27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."
27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan mendatangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"
27:41. Berkata, "Samarkanlah singgahsananya untuknya, dan kita akan melihat, sama ada dia mendapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak mendapat petunjuk."
27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.
32:4. Allah ialah Dia yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?
39:75. Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya, menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
40:15. Yang menaikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, melemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia memberi amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,
43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!"
57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu buat.
69:17. Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu.
81:20. Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai Arasy kukuh,
85:15. Yang mempunyai Arasy, Yang Indah,

Kalimat Pilihan
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan AkhbarPenemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman

akustika Arasy Allah S.W.T......terbaikkkkk

 27 JANUARI 2010

RASULULLAH S.A.W. TERCINTA…………………..



RASULULLAH S.A.W. TERCINTA…………

PERTAHANKAN NAMA BAIK RASULULLAH S.A.W. **** Nama Baik Rasulullah hendaklah dipertahankan oleh semua umatnya, Kebelakangan ini umat islam langsung tidak kisah dengan urusan mempertahankan nama baik Rasulullah , pertahankan nama baik Baginda adalah merangkumi dengan mempertahankan nama baik keluarga baginda ( Sebab itu umat islam digalakkan berselawat kerana antara hikmahnya adalah memuliakan nama Baginda dan ahli keluarga Baginda). Dahulu kita dikejutkan dengan kisah Hamba Allah yang bernama Salman Rushdie yang menghina Rasulullah dengan menerbitkan dan menulis buku yang menghina Rasulullah mengatakan baginda Bapa Ayam dan ajaran baginda adalah ajaran dari syaitan- semoga Allah melaknat hamba ini selamanya, kecuali dia bertaubat kerana Allah maha pengampun dan Maha Penyayang. Kemudian kita dikejutkan dengan kisah lakaran kartun Rasulullah dalam keadaan memakai serban berbentuk bom, Nauzubilah hi min zalik., kerajaan Denmark lansung tidak kisah dengan lakaran ini kerana bagi mereka mereka lebih berani dari Amerika Syarikat kerana memaparkan gambar baginda dalam keadaan sedemikian, semoga Allah menarik Rahmatnya Dari Negara Denmark selama-lamanya. Kalau nak ikutkan di masa hadapan banyak lagi kisah penghinaan terhadap Rasulullah yang akan berlaku Cuma tugas kita sekarang jika ini berlaku adalah mempertahankan nama baginda kerana kita memerlukan Syafaat dari baginda di hari Qiamat nanti?
Rasullullah S.A.W. di jadikan Allah adalah kerana Rahmatnya pada seluruh kehidupan alam ( bukan kepada manusia sahaja ) . Sebab itu perjalanan kisah hidup baginda amat unik berbanding makhluk-mahkluk yang lain, Baginda merupakan manusia yang sederhana dalam segala hal , kehidupan baginda sentiasa Zuhud dan sentiasa mengharapakan Rahmat Allah S.W.T. dalam segala hal , Hanya baginda sahaja yang dijemput dengan penghormatan yang amat tinggi ketika Isra? Mikraj. Dan akhir hayat baginda sentiasa mengharapkan pengampunan Allah pada umat baginda berbanding diri baginda kerana baginya keselamatan Umat baginda di dunia dan akhirat adalah di bawah tanggungjawab baginda selamanya dengan Izin Allah S.W.T. Yang Maha Agung?. …..PERBANYAKKKAN SELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH S.A.W.

Cantas tiada di Arasy Allah S.W.T.

CANTAS TUNAS-TUNAS RASUAH MENJELANG 2020 MASEHI….

MENCANTAS TUNAS-TUNAS RASUAH MENJELANG 2020 MASEHI….

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya Kerajaan Bani Abbasiah adalah kerana Rasuah, Ini telah membuktikan sesungguhnya sebuah kerajaan yang agung pun akan runtuh jika pemimpinnya korupsi. Sebab itulah Khalifah Umar Abdul Aziz cukup berhati-hati suatu masa dahulu bagi mengelakkan kakitangan supaya tidak melibatkan diri dengan rasuah.(musuh dalam selimut seluruh umat manusia kerana hancur bangsa kerana rasuah ). Kanak - kanak kecil kita sebenarnya sudah lama diberi gejala upah ( jangan terkejut!!!, ini bukan tuduhan saudara dan saudari, tetapi ini fakta yang harus di akui semua manusia), kita di Malaysia khususnya dikampung - kampung kita biasa mengupah anak kecil kita dengan 10 sen ataupun 20 sen jika melakukan sesuatu kerja , contohnya membeli barang di kedai, ini adalah fakta , bukan tuduhan dari saya . Kita tidak boleh menyalahkan Generasi Muda kita jika mereka terlibat dengan rasuah kerana generasi Kita sekarangpun sebenarnya memainkan peranan juga.>>( kita sepatutnya tidak mengamalkan gejala memberi upah kepada anak kecil, kerana ini adalah tunas-tunas rasuah bercambah……….MUNGKIN RAMAI YANG TAK SETUJU DENGAN KENYATAAN SAYA, TETAPI LIHAT DENGAN MATA HATI, BUKAN DENGAN MATA ZAHIR….ALLAH HU AKHBAR.

Antara Bilik-Bilik di Arasy Allah S.W.T.

Bilik-bilik di Syurga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus...